|

Proses Tuntutan Harta Pusaka

Di Malaysia, pengurusan harta pusaka merupakan proses penting yang harus dilakukan dengan hati-hati dan sesuai dengan hukum yang berlaku. Harta pusaka merujuk pada aset, baik aset alih maupun aset tidak alih, yang ditinggalkan oleh seseorang setelah meninggal. Ada 3 tempat tuntutan harta pusaka iaitu Amanahraya, Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi. Perbezaan ketiga-tiga tempat ini ialah mengikut jumlah harta dan juga samaada harta alih atau tidak alih.

Proses tuntutan harta pusaka dimulakan dengan pengumpulan dokumen penting, seperti sijil kematian, dokumen pewaris dan penerima, serta dokumen berkaitan harta. Setelah document dikumpulkan, boleh lantik seorang pentadbir untuk mengurus proses tuntutan. Sekiranya si mati hanya meninggalkan wang tunai @ aset alih seperti emas, kereta dan sebagainya yang berjumlah bawah RM2juta, boleh pergi ke amanahraya, Tetepi kalau si mati ada harta alih seperti rumah, maka proses tuntutan boleh terus dibuat di Pejabat Pusaka Kecil. Kalau si mati ada harta lebih RM2 juta, automatik waris boleh lantik lawyer kerana proses tuntutan akan berlaku di Mahkamah Tinggi.

Jika simati meninggalkan wasiat, waris boleh sepakat untuk mengagihkan harta tersebut mengikut wasiat si mati. Namun, jika tidak ada wasiat, harta akan diagih mengikut hukum faraid.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *