APA ITU HIBAH?

HIBAH bermaksud HADIAH yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki.

HIBAH TAKAFUL pula adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.

 

Penerima HIBAH tersebut merupakan penerima MUTLAK dan PAMPASAN HIBAH TAKAFUL tersebut adalah terkecuali daripada pengurusan harta pusaka dan dalam pecahan bahagian faraidh. Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat. Ia dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Hibah Takaful juga terpakai untuk warga islam dan bukan islam.

Perbezaan Hibah Takaful & Hibah Harta

Hibah Harta

Hibah harta terbahagi kepada 2 iaitu harta alih dan harta tidak alih.

Harta alih antaranya adalah kenderaan, wang tunai, emas, simpanan, kelengkapkan rumah dan sebagainya.

Manakala harta tidak alih ialah rumah & tanah. 

 

Hibah Takaful

Hibah takaful merupakan aset tidak nampak kerana hibah ini hanya akan dapat pada waris selepas berlakunya musibah iaitu KEMATIAN. 

Selain daripada kematian, waris tidak boleh tuntut kerana pemilik masih hidup.

Terdapat 3 Jenis Hibah

Hibah Mutlak

Hibah yang diberi ketika pemilik harta masih hidup.

Hibah Bersyarat

Hibah yang diberikan dengan syarat. Contohnya, Ayah menghadiahkan sebuah rumah kepada anak dengan syarat, hanya terlaksana selepas kematian ayah.

Hibah Bercagar

Hibah yang masih ada hutang. Contohnya, rumah milik ayah masih dalam pinjaman dengan Bank dan tidak boleh dihibahkan sekiranya pinjaman tidak diselesaikan.

Isu-isu semasa berkenaan harta pusaka

Perebutan Harta Pusaka.

Ramai yang tidak tahu siapakah waris yang berhak keatas harta si mati dan juga berapakah bahagian seseorang waris tersebut.

RM90 Billion Harta Pusaka yang tidak dituntut.

Menurut Utusan Malaysia 2021, sebanyak RM90 Billion harta yang tidak dituntut oleh waris kerana mungkin waris tidak faham proses tuntutan atau waris tidak tahu si mati ada meninggalkan harta.

Proses tuntutan mengambil masa yang lama.

seperti yang kita tahu, tempoh minimum untuk dapatkan surat kuasa adalah 6 bulan selepas lengkap segala dokumentasi. Proses kebiasaan akan menjadi lebih lama kerana waris tidak dapat mengumpulkan dokumen yang diperlukan dan mengambil masa yang lama untuk lengkapkan dokumen tersebut.

Waris Termakan Harta Batil.

Ada diantara kita yang tidak tahu siapakah yang berhak keatas harta simati. Ramai yang menanggap apabila meninggalnya ahli keluarga mereka, harta tersebut terus milik ahli keluarga dan tidak faham pengiraan faraid untuk semua waris.

Waris Terpaksa Jual Rumah untuk pembahagian faraid.

apabila selesai proses tuntutan, waris tiada pilihan lain selain daripada menjual rumah tersebut untuk tujuan pembahagian faraid disebabkan faktor kewangan yang tidak mencukupi.

Kenapa Perlunya Hibah Takaful

Melangsaikan Hutang Simati.

Hibah Takaful dapat membantu untuk menyelesaikan hutang simati.

Membayar Bahagian Faraid Waris Lain.

Untuk mengelakkan waris menjual aset terutamanya rumah, waris dapat menggunakan duit pampasan hibah takaful untuk menyelesaikan bahagian faraid waris lain.